Dadah merupakan bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia berkebolehan untuk mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Tanpa kita ketahui, dadah sebenarnya juga digunakan dalam perubatan dan bahan makanan yang tertentu. Sebagai contoh, 'Paracetamol' dan 'Antibiotic' digunakan oleh doktor untuk membantu memulihkan pesakit dalam penyakit-penyakit tertentu.
Selain itu, teh, kopi dan coklat yang merupakan kegemaran masyarakat pelbagai lapisan umur juga mengandungi sejenis dadah yang mampu menimbulkan rasa ketagihan dan perangsangan terhadap minda manusia iaitu 'Caffeine'.
Tetapi, pengambilan dadah yang berlebihan dos dan penggunaan dadah tanpa tujuan perubatan berubah menjadi penyalahgunaan dadah. Pengambilan dadah secara overdos menimbulkan perasaan ketagihan, penggangguan emosi dan fizikal terhadap individu dan kebanyakannya memudaratkan.
Persoalannya, apakah jenis-jenis dadah yang dikategorikan sebagai dadah yang membahayakan ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan