HEROIN
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis : Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4, Brown Heroin , Heroin Black Tar
MORFIN
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin Mentah : Didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : Diperoleh secara langsung dari candu dan mengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi.
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat. Berwarna putih atau coklat pucat.
CANDU
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu Mentah : Getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah.
Candu Masak : Candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam.
Tahi Candu : Sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.
GANJA
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp.
Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.
EKSTASI
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methyleneioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan diguna oleh pemudai sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam, MDMA juga adalah dadah psychoactive.
OPIAT SINTETIK ( SYNTHETIC BASE )
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'Methadone', 'Pethidine', 'Dipipanone' dan 'Dextropropoxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini 'Methadone'digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan