REFLEKSI
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kumpulan kami ucapkan sebagai pembuka kata refleksi blog kami. Saya sebagai ketua kumpulan, Kabilashan dan ahli kumpulan saya, Dhayalan, Vicknakumar, Choon Ming dan Wei Siang Amat berbesar hati kerana dapat menyiapkan laman blog kami dalam masa yang ditentukan. Semua ini tidak akan berlaku jika rakan-rakan, guru-guru dan ibu bapa kita tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan blog ini. Refleksi selepas menyelesaikan laman blog ini sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa kami dapat melakukannya dengan baik. Namun terdapat juga masalah yang kami hadapi semasa membina laman blog ini. Masalahnya ialah kami amat keliru dengan pelbagai jenis dadah yang wujud dan sering menganggapnya merupakan dadah yang sama. Tetapi guru PPDa kita, Pn. Vally banyak meluangkan masa untuk menerangkan kepada kita tentang dadah-dadah yang kita tidak fahami. Terdapat banyak perkara yang telah kami pelajari sewaktu menyempurnakan laman blog ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah kita dapat memahami tentang dadah yang tertentu dengan lebih mendalam melalui pelaksanaan blog ini. Kami juga belajar untuk bekerjasama. Kami telah memecahkan tugasan kami dengan sama rata kepada semua ahli kumpulan agar kami dapat menyempurnakan laman blog ini dengan pandas dan efisien. Bak kata pepatah, 'Bagai aur dengan tebing', hanya dengan sikap kerjasama dan saling membantu barulah kami semua mampu mempersembahkan laman blog yang menarik ini. Ribuan terima kasih juga kumpulan kami ucapkan kepada guru-guru yang melibatkan diri untuk membantu kita menyiapkan rakaman khas laman blog kami. Guru-guru banyak memberi nasihat dan cadangan kepada kami sewaktu kita mengadakan sesi temu ramah dengan mereka. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang banyak memberi galakan dan motivasi kepada kita untuk menyiapkan laman blog ini. Di sini kita sudah sampai di penghujung refleksi kumpulan kami. Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan